RAFULIN HOLDINGS SDN BHD (SYARIKAT INDUK LEBUHRAYA LATAR) SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL SUNGAI BULOH

24 MAC 2020

RAFULIN HOLDINGS SDN BHD (SYARIKAT INDUK LEBUHRAYA LATAR) SANTUNI PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL SUNGAI BULOH

 

KUALA LUMPUR  - Sebagai menghargai usaha serta pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya LATAR dan beberapa kakitangan mewakili syarikat induknya Rafulin Holdings Sdn Bhd,  telah menyantuni petugas barisan hadapan Hospital Sungai Buloh dengan menyumbangkan sejumlah 100 kotak air mineral dan 600 kotak makanan seperti biskut-biskut dan mi segera, pagi ini.

 

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh En Ahmad Fuad bin Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi LATAR kepada wakil kakitangan Hospital Sungai Buloh.

 

Sememangnya kami amat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan Negara yang bertungkus-lumus bertugas siang dan malam demi tugasan yang mencabar dalam menangani wabak COVID-19 ini. Anda semua adalah hero kepada rakyat Malaysia!

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR, sila hubungi talian 03-6145 1515 atau dapatkan informasi terkini di Facebook, Twitter dan Instagram LATAR.