PENUTUPAN SEMENTARA JALAN PERSIMPANGAN IJOK – PUNCAK ALAM, LEBUHRAYA LATAR DAN PENGAKTIFAN LENCONGAN TRAFIK BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN RASUK JAMBATAN (BEAM LAUNCHING)


Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ingin memaklumkan bahawa penutupan sementara jalan dari Persimpangan Ijok ke Persimpangan Puncak Alam, Lebuhraya LATAR akan dijalankan seperti didalam jadual berikut:

 

 Tarikh & Hari

 29 & 30 April 2024 (Isnin & Selasa)

 2 & 3 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)

Masa

 12.01 pagi – 5 pagi

Lokasi

 KM0.0 hingga KM12.3, Lebuhraya LATAR (kedua-dua arah)

 

Ini bertujuan bagi memberi laluan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan (beam) bagi menyiapkan persimpangan ‘Eco Business Park V’ oleh pihak Eco World Development Group Berhad.

 

Pengaktifan lencongan trafik akan dilaksanakan seperti dibawah dan sila rujuk pelan penutupan jalan di Lampiran A dan B.

 

TRAFIK MENGHALA KE IJOK/KUALA SELANGOR/WCE Trafik dari arah Kuala Lumpur/Rawang(LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor melalui Persimpangan Puncak Alam (Exit 2503) untuk ke Ijok/Kuala Selangor/WCE. Manakala trafik dari arah Puncak Alam menghala ke Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor. Papan tanda arah sementara akan ditempatkan di lokasi utama disepanjang Jalan Kuala Selangor bagi memberi panduan kepada pengguna lebuh raya. (Rujuk Peta 1)

 

TRAFIK MENGHALA KE KUALA LUMPUR/RAWANG – Trafik dari arah Ijok/Kuala Selangor/WCE (LATAR) akan dilencongkan ke Jalan Kuala Selangor untuk ke Kuala Lumpur/Rawang. Papan tanda arah sementara akan ditempatkan di lokasi utama disepanjang Jalan Kuala Selangor bagi memberi panduan kepada pengguna lebuh raya. (Rujuk Peta 2)

 

Sehubungan dengan ini, pengguna dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan  tanda arah trafik sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan. Pihak kami memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi. Segala perhatian dan kerjasama pengguna amatlah dihargai.

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi hotline LATAR 03-61451515 atau nombor dibawah:

Pemaju

Paragon Pinnacle Sdn. Bhd.
(Sebuah syarikat usaha sama Eco World Development Group Berhad)

Azam Faliq Abdullah

012-3277398

Kontraktor Utama

Juang Setia Sdn. Bhd.

Aris Rosly

012-3340747

Pengurus Trafik

Road Ark Sdn. Bhd.

Mohamad Sabri Bin Musa

013-2192448


-->

Subscribe to our Newsletter