NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERSIMPANGAN IJOK LEBUHRAYA LATAR BAGI KERJA-KERJA FASA AKHIR PEMASANGAN RASUK JAMBATAN (BEAM LAUNCHING) OLEH PIHAK LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (WCE)

PENUTUPAN SEMENTARA PERSIMPANGAN IJOK LEBUHRAYA LATAR

~ FASA TERAKHIR KERJA-KERJA PEMASANGAN RASUK JAMBATAN (BEAM)  OLEH PIHAK LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (WCE)

 

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ingin memaklumkan penutupan sementara daripada persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam (kedua-dua arah) Lebuhraya LATAR bagi memberi laluan kerja-kerja fasa akhir pemasangan rasuk jambatan (beam) di KM3.0 oleh pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) .

 

Penutupan ini akan dilaksanakan pada tarikh dan masa berikut:

 

·         8 November 2021 (10 malam – 5 pagi)

·         9 November 2021 (10 malam – 5 pagi)

·         10 November 2021 (10 malam – 5 pagi)

 

Trafik akan dilencongkan ke Jalan Persekutuan (FT54). Pengguna dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda serta arahan petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan ini.

 

Pihak LATAR memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi. Segala perhatian dan kerjasama dari pengguna lebuhraya amatlah dihargai.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline LATAR 03-6145 1515 atau pegawai WCE yang bertugas iaitu En. Muhammad Nashrul Azri Bin Mazlan di talian 013 664 4761 dan wakil kontraktor terlibat iaitu En. Ridzwan Bin Abdul Razak (Pengurus Projek Ganda Imbuhan Sdn Bhd) di talian 017 713 2004.

 

Sila dapatkan lain-lain informasi terkini di Facebook, Twitter dan Instagram LATAR.

LALUAN ALTERNATIF: