Majlis Perasmian Persimpangan Eco Grandeur

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, atas perasmian Persimpangan Eco Grandeur (Exit 2502) Lebuhraya LATAR bersama-sama YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, pada 10 November 2025.

Akses terus ke Eco Grandeur, Eco Business Park V, serta kawasan Puncak Alam dan sekitarnya — menjadikan perjalanan anda lebih mudah, selesa dan efisien.

Dengan pembukaan ini, diharapkan aliran trafik di Jalan Meru Tambahan (JMT) dan Persiaran Mokhtar Dahari dapat diseimbangkan, sambil menawarkan laluan alternatif yang lebih lancar untuk semua pengguna Lebuhraya LATAR.

Jutaan terima kasih turut diucapkan kepada dif-dif kehormat yang lain antaranya YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Kementerian Kerja Raya; YB Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia; dan YBhg. Tan Sri Liew Kee Sin, Executive Chairman, EcoWorld.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Ir. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia; YBhg. Dato’ Mohamed Raffe Chekku, Pengarah Urusan Lebuhraya LATAR; YBhg. Dato’ Chang Khim Wah, President & CEO, EcoWorld; YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor; serta YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Eco World, serta semua jabatan dan agensi yang terlibat secara langsung dalam merealisasikan pembinaan Persimpangan Eco Grandeur (Exit 2502) ini.