Majlis Perasmian Persimpangan Eco Grandeur
10 NOVEMBER 2025 – Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini menghadiri Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Eco Grandeur yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, di Bandar Puncak Alam.<br /> <br /> Akses terus ke Eco Grandeur, Eco Business Park V, serta kawasan Puncak Alam dan sekitarnya — menjadikan perjalanan anda lebih mudah, selesa dan efisien.<br /> <br /> Dengan pembukaan ini, diharapkan aliran trafik di Jalan Meru Tambahan (JMT) dan Persiaran Mokhtar Dahari dapat diseimbangkan, sambil menawarkan laluan alternatif yang lebih lancar untuk semua pengguna Lebuhraya LATAR.
Photo Photo Photo
