LATAR EDAR 7,000 PEK KURMA KEPADA PENGGUNA SEMPENA RAMADAN 2019/1440H

KUALA LUMPUR – Sempena ketibaan bulan Ramadan,  Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan 7,000 pek kurma kepada para pengguna Lebuhraya LATAR sebagai simbolik untuk bersama-sama dengan pengguna bagi meraikan kedatangan bulan paling mulia dan penuh keberkatan ini.

 

Pada 6 Mei 2019 iaitu bersamaan 1 Ramadan 1440 Hijrah, pek-pek kurma tersebut akan diagihkan kepada para pengguna Lebuhraya LATAR yang melalui Plaza Tol Ijok, Kuang Barat, Kuang Timur, Kundang Barat, Kundang Timur dan Taman Rimba Templer bermula jam 4.30 petang.

 

“Program pemberian kurma kepada para pengguna Lebuhraya LATAR merupakan program tahunan khas LATAR bersempena menyambut bulan Ramadan sebagai salah satu tanda penghargaan dan program khidmat masyarakat LATAR kepada pengguna lebuhraya ini. Kami berharap dengan pemberian kurma tersebut juga dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini” kata En Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya LATAR.

 

“Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat terutama sekali kepada pengguna Lebuhraya LATAR yang beragama Islam” tambah beliau lagi.

 

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Surati Sujor (013-2660207) / Hairunnisa Kastolany (012-6881587).