DISKAUN TOL 10% DI LEBUHRAYA LATAR SEMPENA TAHUN BARU CINA 2020

DISKAUN TOL 10% DI LEBUHRAYA LATAR SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

 

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya LATAR bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10% di Lebuhraya LATAR sempena perayaan Tahun Baru Cina, pada 25 Januari 2020 bermula  jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam. Diskaun tol 10% ini bakal dinikmati oleh kira-kira 80,000 pengguna kenderaan kelas 1 yang melalui semua tol plaza Lebuhraya LATAR” kata Encik Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi, Lebuhraya LATAR.

 

“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat dan juga bertujuan meraikan dan menghargai sokongan para pengguna setia Lebuhraya LATAR.” tambah beliau.

Lebuhraya LATAR menyediakan lorong tambah nilai kad Touch ‘n Go yang beroperasi 24-jam bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go sewaktu dalam perjalanan. Selain itu, Lebuhraya LATAR juga mempunyai pasukan EXPERT LATAR (Expressway Patrolling and Emergency Response Team) yang sentiasa bersiap sedia 24 jam bagi membantu para pengguna dalam sebarang situasi kecemasan.

 

Bukan itu sahaja, Lebuhraya LATAR menyediakan dua (2) kawasan rawat dan rehat (R&R) yang terletak di Kundang Barat dan Kundang Timur. Antara kemudahan yang tersedia termasuklah tandas, surau, medan selera dan ianya juga dilengkapi dengan sebuah sebuah stesen minyak Petronas di kedua-dua arah.

 

Semoga dengan tersedianya kemudahan-kemudahan tersebut dapat memudahkan dan melancarkan perjalanan para penggguna lebuhraya untuk pulang ke kampung atau sampai ke destinasi pilihan.

 

“Kepada semua para pengguna Lebuhraya LATAR, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina, semoga menikmati perjalanan yang selesa dan selamat” akhiri beliau.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR, sila hubungi talian 03-6145 1515 atau dapatkan informasi terkini di Facebook, Twitter dan Instagram LATAR.