DISKAUN TOL 10% DI LEBUHRAYA LATAR PADA HARI RAYA PERTAMA
DISKAUN TOL 10% DI LEBUHRAYA LATAR PADA HARI RAYA PERTAMA
KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya LATAR bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10% di Lebuhraya LATAR pada hari raya pertama, 5 Jun 2019 bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam. Diskaun tol 10% ini adalah untuk dinikmati oleh pengguna kenderaan kelas 1 di semua tol plaza Lebuhraya LATAR” kata Encik Ahmad Fuad Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi, Lebuhraya LATAR.
“Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat kepada masyarakat dan juga bertujuan meraikan dan menghargai sokongan para pengguna setia Lebuhraya LATAR. Dengan adanya insentif diskaun tol ini, adalah diharapkan agar ianya dapat meringankan serba-sedikit beban perbelanjaan para pengguna semasa musim perayaan ini.” tambah beliau.
Lebuhraya LATAR yang menghubungkan Kuala Lumpur dari Taman Rimba Templer di daerah Gombak dengan Ijok di daerah Kuala Selangor, menawarkan laluan alternatif ke Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Para pengguna dapat menikmati perjalanan yang lebih baik dan lebih lancar untuk balik kampung serta dapat mengelakkan dari terperangkap didalam kesesakkan jalanraya yang sering dilaporkan semasa musim perayaan jika menggunakan laluan lain menghala ke arah utara.
Selain itu, Lebuhraya LATAR juga mempunyai pasukan EXPERT LATAR (Expressway Patrolling and Emergency Response Team) yang sentiasa bersiap sedia 24 jam bagi membantu para pengguna dalam sebarang situasi kecemasan.
Lebuhraya LATAR menyediakan dua (2) kawasan rawat dan rehat (R&R) yang terletak di Kundang Barat dan Kundang Timur. Antara kemudahan yang tersedia termasuklah tandas, surau, medan selera dan ianya juga dilengkapi dengan sebuah sebuah stesen minyak Petronas di kedua-dua arah. Dengan tersedianya kemudahan tersebut, sudah tentu akan memudahkan dan melancarkan perjalanan para penggguna lebuhraya untuk pulang ke kampung.
Bukan itu sahaja, lorong tambah nilai kad Touch ‘n Go juga akan beroperasi 24-jam bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go sewaktu dalam perjalanan.
“Kepada semua para pengguna Lebuhraya LATAR, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga menikmati perjalanan balik kampung yang selesa dan selamat” akhiri beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya LATAR, sila hubungi talian 03-6145 1515 atau dapatkan informasi terkini di Facebook dan Twitter LATAR.